Categories: HiburanSelebriti

Dua Lipa Tampil Dengan Complete Edition

Kalau sebelum ini kami di xtra ada menulis tentang kolaborasi antara penyanyi terkenal antarabangasa, Dua Lipa bersama Kumpulan BLACKPINK dari Korea. Akhirnya, album debut yang dinanti-nantikan oleh dua buah negara ini telahpun dilancarkan. Album berjudul Complete Edition dari penyanyi yang terkenal dengan lagu Electricity turut berkolaborasi bersama Silk City dan Calvin Harris.

Terdahulu, Dua Lipa pernah memuat naik gambarnya bersama beberapa anggota kumpulan wanita K-pop itu semasa melangsungkan konsert jelajahnya di Seoul, Korea.

 

Bukan calang-calang penyanyi, Dua Lipa turut mencatat hit single pertama beliau dengan menduduki carta teratas #1 selama setahun berturut-turut. Malah, konsert jelajah beliau juga turut mencatatkan kejayaan apabila tiket konsert tersebut terjual dengan pantas. Dan, beliau juga antara artis yang memecahkan rekod penstriman digital antara yang paling banyak setakat ini.

Salma Syahbuddin