Golongan lelaki di negara ini dinasihati agar menjalani pemeriksaan kanser payu dara sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.
Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Dr Rashide Yaacob berkata beliau sendiri pernah merawat empat lelaki yang menghidap penyakit itu dengan yang terbaharu pada tahun lepas melibatkan warga emas berusia lingkungan 70-an.
“Daripada empat yang saya pernah rawat ini, hanya seorang meninggal dunia sebab menolak untuk menjalani rawatan lanjut dan membuat pembedahan,” katanya kepada sumber selepas perasmian Pink Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, di sini hari ini.
“Untuk wanita umur bawah 35 tahun sahaja, statistik di HSAH mencatatkan seramai 24 pesakit kanser payu dara pada 2016, kemudian (turun kepada) 23 orang pada tahun lepas, manakala setakat September tahun ini telah menunjukkan seramai 27 orang dikesan mendapat kanser payu dara,” katanya.
Beliau berkata jika kanser itu dikesan dari awal, peluang survival adalah tinggi.
Sumber : Bernama
Betul apa kata Betty! Selalunya memang macam tu lah jadinya🤧
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…