Duet Bersama Alan Walker & Peder Elias, Putri Ariani Bukti Kemampuan… Kelainan Upaya Bukan Penghalang! – “She Another Level!”

Penyanyi popular yang dicungkil bakatnya menerusi program hiburan America’s Got Talent, Putri Ariani tampil mencuri tumpuan selepas berkongsi foto miliknya bersama penyanyi popular antarabangsa, Alan Walker dan Peder Elias.

Menerusi perkongsian tersebut, Putri kelihatan mempromosikan video muzik mereka bertiga menerusi lagu berjudul, Who I Am yang bakal dilancarkan pada 24 Februari nanti.

“We did it! Two My Big Brother @alanwalkermusic @pedereliaas. Tungguin performance videonya pada tanggal 24 Februari ya guys jangan lupa ramaikan ya! Thank you,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja terhadap perkongsian Putri yang disifatkan sebagai bukti orang kelainan upaya juga boleh berjaya.

Bahkan, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut memuji pencapaian Putri yang dikatakan sangat hebat kerana mampu bergandingan dengan pelantun lagu Faded itu.

“Ah, keren (hebat) sekali.

“Excited to show everyone! You sounded even more amazing on the top of a mountain.

“You did great! princess Putri.

“Speechless Putri. She another level. Ini adalah bukti orang kelainan upaya juga mampu berjaya dan pergi lebih jauh.

“Amazing!! Mission accomplished!

“I wanna cry, with this song. Kita semua terlahir luar biasa ketika kita tidak pernah menyerah,” komen netizen.

Salma Syahbuddin