Duet Lagu ‘My Heart’ Bersama, Netizen Minta Khai Bahar & Nabila Razali Rakam Semula Versi Baru

Penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali tampil mencuri perhatian netizen selepas melihat keserasian mereka berduet menyanyikan lagu My Heart, nyanyian asal Irwansyah dan Acha Septriasa, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khai telah memuat naik video nyanyian mereka sekali gus meraih pelbagai pujian daripada peminatnya.

Dalam perkongsian tersebut juga, rata-rata peminat mereka memuji kelunakkan suara Nabila yang dikatakan kini semakin baik dalam menyampaikan pelbagai genre lagu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, kebanyakan pengikutnya membuat permintaan agar mereka merakamkan semula lagu tersebut dalam versi baharu.

Fatin Nurain