“Saya Akan Tanggung!”- Lakon Sendiri Babak Aksi, Shiha Zikir Sedia Ambil Risiko

Pelakon dan penyanyi, Shiha Zikir berkongsi keterujaannya apabila mahu melakukan sendiri babak lasak menerusi filem epik terbaharunya tidak lama lagi.

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 34 berkata, dia sendiri yang meminta untuk melakukan babak aksi tersebut walaupun sedia maklum mengenai risiko kecederaan yang bakal dialami.

“Saya sendiri yang mahu melakukan babak aksi dalam filem Legenda Kaling. Dari segi persediaan, saya akan menjalani latihan terlebih dahulu nanti.

“Dalam filem tersebut, ada beberapa adegan lasak termasuk aksi tertarungan. Namun semuanya atas risiko dan tanggungjawab saya sendiri.

“Segala risiko yang terjadi saya akan tanggung sebab saya sendiri yang mahu lakukan babak aksi,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, Shiha memaklumkan, mahu melakukan sendiri babak tersebut kerana sukakan cabaran serta mahu menguji kemampuan dirinya sebagai seorang pelakon, apatah lagi filem Lagenda Kaling adalah karya sulung terbitan syarikatnya, Shiha Zikir Empire Holdings Sdn Bhd.

Berkongsi mengenai filem epiknya ini, Shiha bertindak  sebagai seorang pelakon dan juga penerbit eksekutif.

“Selain berlakon, saya menjadi Penerbit Eksekutif bagi filem Legenda Kaling bawah syarikat sendiri, Shiha Zikir Empire.

“Filem ini bercerita tentang pahlawan di Sarawak. Biarpun berlatar belakang filem epik, tapi naskhah ini akan dihasilkan dalam bentuk fantasi dan banyak bermain kesan elemen kesan khas (CGI).

“Dan penggambarannya akan bermula poada 12 November ini,” jelasnya.

Filem Lagenda Kaling juga turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Zahiril Adzim, Saiful Apek, Ebby Saiful dan ramai lagi.

Terdahulu, Shiha Zikir turut diiktiraf sebagai Prestigious Brand Women CEO In Entertainment Industry  pada anugerah The Ikon Brand Award 2022 yang berlangsung pada 15 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Shiha Zikir Fobia Naik Kapal Terbang – “Saya Takkan Makan Atau Minum…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dilabel ‘Racist’ Gara-Gara Gaya Dandanan Rambut Di Terpaling Juara, Ini Respons Shiha Zikir

ARTIKEL BERKAITAN:Terpaling Juara: Terlampau Penat, Shiha Zikir Batuk Berdarah Ketika Sesi Latihan

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin