’Dulu Cakap Pasal Hiburan, Sekarang…’- Nana Mahazan Seronok Jadi Penyampai eFM

Pengacara Nana Mahazan teruja dapat kembali semula ke konti selepas ditawarkan menjadi penyampai di sebuah radio online, eFM.

Kata Nana ketika ditemui di sidang media program realiti terbaharu, Lagu Cinta Kita semalam, Nana memaklumkan minatnya terhadap dunia penyampaian tidak pernah pudar.

“ Atas sebab itu saya begitu bersemangat balik kerja di konti. Tapi kali ini agak berlainan kerana saya tidak lagi bercakap mengenai dunia hiburan.

“ Radia online eFM ini mengetengahkan 100 peratus mengenai topik mengenai dunia perniagaan. Setiap hari, saya menemubual ahli perniagaan termasuklah pakar dari agensi kerajaan untuk menyampaikan ilmu mengenai bisnes,” katanya kepada XTRA.

Tambah Nana, dia mula bersiaran di radio eFM setiap Isnin-Jumaat bermula 7.30 hingga 10 pagi.

Akui hos program Lagu Cinta Ini, dia juga mahu kembali aktif di dalam dunia seni selepas melihat anak-anak sudah mula membesar.

“ Kalau dulu saya berhenti menjadi penyampai radio sebab nak tengok anak-anak membesar depan mata.

“ Bila anak-anak dah besar, rasanya sekarang waktu tepat untuk saya membuat comeback dalam kedua-dia bidang yang merupakan kepakaran saya,” katanya.

Nana Mahazan atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan merupakan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama namun rezekinya lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan berbanding nyanyian.

SGMS Faida