‘Dulu Saya Marah Bila Dia Muat Naik…Tapi Sekarang…’ Ifan Mohon Netizen Kongsi Gambar Arwah Isteri

” Seperti gambar ini, dulu saya marah apabila dia muat naik. Tetapi sekarang ia jadi kenangan yang sangat indah,” luah vokalis Seventeen, Ifan yang merindui arwah isterinya, Dylan Sahara.

Menerusi laman Instagramnya, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah kini mengerti arwah isterinya gemar mengambil banyak gambar dengan banyak gaya di lokasi sama sebelum ini.

“ Cuma buat cari foto yang OKE dia akan buat 20 kali padahal cuma satu gaya.

“ Sebagai perempuan, di mana sahaja suka mengambil gambar berdua. Sampai kadang-kadang dia akan memaksa saya demi mendapatkan gambar yang cantik,” katanya.

Penyanyi lagu Selalu Mengalah ini turut bertanyakan kepada netizen yang pernah memiliki foto isterinya itu agar dapat berkongsi menerusi ruangan DM (direct message).

“ Banyak gambar kenangan bersama Allahyarham isteri disimpan dalam telefon pintar yang hilang akibat tsunami.

“Minta tolong sesiapa yang ada gambar Dylan, hantarkan ke DM (direct message) saya.

“Sedih sangat kerana gambar Allahyarham yang ada dengan saya sangat sedikit,” tulisnya.

Kejadian Sabtu lalu di daerah Banten, Indonesia meragut lebih 200 mangsa termasuklah isteri Ifan serta tiga anggota Seventeen yang lain. Al- Fatihah buat kesemua mangsa yang terkorban…

SGMS Faida