Categories: Eat Travel

Grilled Chicken Caesar Salad, Menu Diet Yang Sihat Lagi Lazat!

Berat badan anda naik kebelakangan ini dan bercadang untuk mengubah rutin pemakanan anda?

Walau bagaiamanapun buntu menu apakah yang sesuai untuk memulakan misi baru anda itu dan paling penting ia adalah hidangan yang mengenyangkan.

Kalau tak kenyang, pastinya menjadi satu masalah bukan? bimbang nanti curi-curi membeli jajan pula untuk mengisi perut yang lapar.

So, ladies and gentleman! Grilled Chicken Caesar Salad adalah menu yang wajar anda cuba. Cara menyediakannya pun mudah dan pantas!

Selamat berdiet uols! Semoga 2019 anda lebih  meletop-letop!

Bahan-bahan diperlukan:

4-5 keping roti untuk croutons

1 ketul dada ayam (tanpa tulang)

2 sudu butter

2 sudu parsley yg telah dicincang halus

1 sudu teh garlic powder

2-3 keping anchovies di hancurkan (jeruk ikan dalam botol)

1 ulas bawang putih disagat halus

1/2 cawan serbuk parmesan cheese

3/4 cawan minyak zaitun

1 biji lemon diambil jus

Tomato ceri

Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Untuk buat croutons, campurkan butter, garlic powder dan parsley. Kacau sebati. Sapu dekat roti dan bakar dalam ketuhar sampai garing. Lebih kurang 5-6 minit. Sejukkan dan setelah sejuk, di potong bentuk dadu.

2. Manakala ayam pula diperap terlebih dahulu dengan paprika, lada hitam, minyak zaitun, oregano, tyme dan garam kemudian grill hingga masak.

3. Untuk salad dressing, dalam mangkuk, campurkan anchovies, bawang putih, minyak zaitun, lemon jus, tomato dan parmesan cheese. Kemudian kacau sebati. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.

Toskan lettuce dengan salad dressing sejurus sebelum dihidangkan. Dan taburkan croutons diatasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Yanie Baharom