Edry Cungkil Bakat Baru Di Manchester

Selepas mengambil keputusan untuk berhijrah, komposer Edry Abdul Halim bakal mengembangkan empayar perniagaannya di benua Eropah.

Edry sekeluarga berhijrah ke Manchester bagi memastikan anak ketiganya, Emery yang menghidap autism mendapat pendidikan di sana memberitahu beliau bakal memulakan operasi syarikatnya pada hujung tahun ini.

Edry dan keluarga di hadapan rumah baharu mereka di United Kingdom.

“ Peranan KRU Entertainment United Kingdom Limited sebagai ejen promosi yang bakal membawa artis Asia serta antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

“ Saya akan mencungkil bakat baharu di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.

“Ia masih dalam proses penubuhan, Insya-Allah doakan semuanya lancar,” katanya yang ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem, Wheely, kelmarin.

Pada masa ini, Edry pulang ke tanah air selama seminggu bagi memberi sokongan kepada penerbitan filem animasi Wheely yang merupakan ‘buah tangan’ terbaru KRU Studios.

SGMS Faida