Ehem…Aedy Ashraf Tayang Wajah Buah Hati!

Pelakon kacak Aedy Ashraf mendedahkan wajah kekasih terbaharunya di laman sosial media.

Lelaki berusia 26 tahun ini dilihat hadir di sebuah anugerah yang berlangsung baru-baru ini bersama wanita yang dipercayai kekasihnya.

Aedy menerusi kapsyen tidak menjelaskan siapa wanita terbabit namun ramai menyifatkan wanita ini merupakan buah hati pelakon itu. 

Rata-rata pengikut Aedy meninggalkan komen mengucapkan tahniah serta memuji kecantikan teman wanitanya itu. 

Namun begitu, entri berkenaan dilihat sudah dipadam selepas beberapa jam dimuatnaik. Alamak, kenapa tu?

Apa pun, memang sama cantik sama padan pasangan ini kan?

SGMS Faida