Ehem…Zahirah Macwilson Curi Hati Aiman Hakim?

Gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik pelakon Aiman Hakim Ridza di Instagramnya, pelakon tinggi lampai ini dikatakan sedang bercinta dengan akters Zahirah Macwilson.

Menerusi Instagramnya, pelakon drama Vanila Coklat ini menulis kapsyen yang memberi bayangan keduanya sedang menjalinkan hubungan.

” Numbers start with 123, Music start with Do Re Mi, Letters start with A and end with Z. The fact is there is only you and me,” tulisnya ringkas diakhiri dengan tanda pagar #zahirAH.

Dalam masa sama, Zahirah turut memuatnaik gambar yang sama dengan kapsyen manis berbunyi ‘Now Until Forever, Insya Allah’.  

Rata-rata pengikut mereka di Instagram bersetuju jdan gembira jika benar Aiman dan Zahirah bercinta. 

Namun begitu usaha untuk mendapatkan jawapan daripada mereka berdua tidak berjaya. Apapun, kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

SGMS Faida