Elfira Loy Luah Rasa Rindu Terhadap Anak – “Nak Jalan Pun Tak Ada Mood”

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa rindunya terhadap kedua-dua cahaya matanya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla selepas tiga hari meninggalkan mereka atas urusan kerja di Jakarta, Indonesia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira memaklumkan kini anak-anaknya berada di bawah jagaan ibunya sepanjang dia berada di negara jiran itu.

“Mommy baru tinggalkan tiga hari lepas, dah big boi sangat jaga adik. Tok Mama always send me so many videos. nak jalan jalan pun takde mood , rinduuuuuu sangat. Tak sabar nak balik,” tulisnya.

Perkongsian tersebut juga, Elfira telah memuat naik video anak lelakinya, Rayyan yang sedang menjaga adiknya, Aria.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagat kedua-dua anak pelakon itu.

“MasyaAllah soooooo cuteee.. Adik dia tak tido pon, duk pandang2 muka abang dia. Eeee, gerammm tengok.

“Yang adik tu pon pandang tak lepas je abang dia.. Too cute la dua beradik nie.. Semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati mommy, family and semua.

“Mashaallah nampak pandai jaga adik,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain