Elizabeth Tan Turut Diganggu Individu Berstatus Isteri Orang – “Macam-Macam Saya Terima”

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mendedahkan sering menerima gangguan individu yang tidak dikenali di media sosial dan kebanyakan mereka yang berstatus isteri orang.

Menerusi laporan Utusan, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy berkata gangguan yang diterima bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar melalui Direct Message (DM) di Instagram.

“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.

“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.

“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” katanya.

Menurut Lizzy, dia enggan melayan gangguan seksual yang diterimanya di ruangan komen atau di mesej media sosialnya.

“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Maya Basir