[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Penyanyi, Ifa Raziah berkongsi momen gembira saat berjumpa penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun di Instagram mililnya, semalam.

Menerusi ruangan kapsyen, Ifa meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk bertemu empat mata dengan insan hebat Ustazah Asma’ meskipun singkat.

“Ketika saya dicaci, dimaki, dan dihina oleh ribuan warga maya, hanya kerana nyanyian saya sumbang dan ‘tak sedap’ di program @terpalingjuaratv3, sehingga ada yang menggelarkan saya pelacur, iblis, setan, doakan saya mati dan macam-macam lagi.

“Tak apa.. Allah hadirkan insan bernama @ustazahasmaharun untuk merawat dan menghiburkan hati saya. Walaupun pertemuan ini singkat, ia cukup bermakna buat saya,” katanya.

Menerusi hantaran lain di Instagram Ifa, pelantun lagu Ser Ser Ser untuk tidak dapat henti mengalirkan air mata dipercayai kerana terlalu teruja.

“Pertemuan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata air mata tak berhenti-henti mengalit. Hanya Allah Maha Berkuasa yang tahu perasaan saya ketika ditemukan dengan insan yang hebat @ustazahasmaharun. Perancangan Allah lagi hebat, Syukur Alhamdulillah,” tulinsya.

Difahamkan perjumpaan Ifa dan Ustazah Asma adalah kejutan daripada founder dan CEO pewangi terkenal, DeXandra.

Menerjah ke ruangan media sosial, seorang pengguna TikTok telah berkongsi video Ifa dan Ustazah Asma’ itu telah meraih pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka terharu dan meluahkan rasa bahagia serta mendoakan agar ini salah satu langkah yang terbaik untuk Ifa berubah.

 

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: “Kali Pertama Dapat Reaksi Negatif” – Kritik Ifa Raziah, Guru Vokal Nafi Cipta ‘Propa’ atau ‘Drama’

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Netizen Bengang Ifa Raziah ‘Menjawab’ Juri, Ini Respons Padu Hattan – “Kalau Terkeluar Jangan…”

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Salahkan Baju, Nyanyian Sumbang, Didakwa Menjawab Komen Juri… Netizen Kurang Gemar Dengan ‘Attitude’ Ifa Raziah

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Terima Kritikan Pedas, Nyanyian Terkucil Dek Kerana Hampir Jatuh… Ifa Raziah Salahkan Baju

Sumber: Instagram Ifa, TikTok

Aqilah Paharuzi