“Bestie, Awak Status Apa? Masih Isteri Atau…” – Ditanya Perihal Rumah Tangga, Ini Reaksi Puteri Sarah

Masih menjadi bualan hangat mengenai isu pergolakan rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah kali ini diajukan pula soalan mengenai statusnya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Individu yang tidak dikenali tersebut bertanyakan kepada Puteri Sarah adakah dia masih bergelar isteri kepada Syamsul atau sudah berstatus janda.

“Bestie… awak status apa? Masih isteri atau … (janda). Jangan jadi gantung tidak bertali… saya sampaikan pesanan kenalan yang minat dekat awak sebagai artis idolanya.

“Tapi betul juga katanya… status awak apa?,” tulis individu tersebut.

Sehubungan itu, dilihat Sarah tampil membalas komen tersebut dengan kenyataan yang berbentuk sindiran dan tidak menyatakan status sebenarnya.

“Status saya nak saman orang,” balas Puteri Sarah.

Dalam pada itu, ada segelintir wargamaya yang menganggap pertanyaan tersebut bersifat kurang ajar dan ada yang mendakwa bahawa individu tersebut ialah Ira Kaza.

 

Teruk dihentam, individu tersebut tampil menjelaskan bahawa dia bertanyakan soalan sebegitu kerana diminta oleh kenalannya untuk merisik Puteri Sarah.

“Korang ni… hati tak cantik langsung! Kerana ada yang berkenan, itu yang saya risikan. Jika dah jadi janda, ada CEO nak masuk melamar.

“Korang ni… rupa ja macam anggun tapi IQ bengap, hati gelap! Sengal!,” balas individu itu.

Jelas individu itu lagi, dia memohon maaf jika pertanyaan itu kasar namun dia hanya merisik bagi pihak kenalannya yang merupakan seorang pengarah korporat di sebuah syarikat minyak.

Bukan itu sahaja, ada wargamaya meminta Syamsul Yusof melepaskan Puteri Sarah kerana dia telah menyatakan ingin berkahwin dengan Ira Kaza pada tahun hadapan malah ada orang lain yang ingin menjaga isterinya itu.

Atiqah Johari