Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Alhamdulillah…penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.09 malam tadi. 

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan artis, berlangsung dengan meriah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan yang lebih menarik lagi, gadis-gadis dulang Elly terdiri daripada rakan artis seperti Farahdhiya, Azza Elite, Nad Zainal, Fasha Sandha, Siti Sarafina dan ramai lagi. 

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah dan pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,8000. 

Pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dari pihak pengantin lelaki dan kesemuanya merupakan barang kemas.

Seterusnya Elly dan Azlan diraikan di dalam majlis resepsi bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang di lokasi yang sama. 

Kami dari team XTRA mendoakan supaya perkahwinan kedua mempelai dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan buat selama-lamanya. Tahniah Elly dan Azlan!

Untuk info terkini mengenai perkahwinan Elly Mazlein dan selebriti tanahair, sila layari  Mahligai Cinta

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein 

Sumber: BH Online

Del14