Categories: Trending

Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung 4 orang kanak-kanak dibawah umur didalam sangar kayu dalam sebuah rumah di Alabama.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa menjumpai keempat-empat kanak-kanak tersebut dalam rumah berkenaan. Kempat-empat kanak-kanak yang dijumpai dalam rumah berkenaan berusia 3,4,10 dan 11 tahun

Pihak berkuasa juga turut menjumpai dua sangkar yang diperbuat daripada kayu dan terdapat kunci pada sangkar tersebut.

Siasatan mendapati kanak-kanak telah dikurung beberapa kali dalam sangkar berkenaan sebelum ini/

Pihak berkuasa telah menahan ketiga-tiga tertuduh tersebut atas pertuduhan penyalahgunaan kanak-kanak dan tindakan yang dilakukan boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak tesebut

Sumber: KKTV

SGMS Enal