Umum tahu penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein sudah memiliki kekasih hati sejak Oktober lalu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke 38 semalam dilaporkan menerima kejutan manis daripada kekasih tersayang.

Menerusi laman Instagram milik penyanyi terkenal dengan lagu Usah Ditambah Baru Tersimpan ini, dia memaklumkan menerima sebentuk cincin daripada buah hatinya.

“ Tq baby,” tulisnya ringkas diikuti dengan tanda pagar #MyBestBirthdayEver #PapaSefhiaMama #AkuTenggelamDalamLautanKasihSayangMu #TakMungkinAkanKuLepaskanIkatanIni.

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin. Selamat Hari Jadi, Kak Elly Pom Pom!

SGMS Faida