Emma Stone Pilih Penulis Jadi Tunang

Pelakon Emma Stone umum bertunang dengan penulis program Saturday Night Live, Dave McCary.

Berita gembira ini diumumkan oleh pemenang Oscar di Instagramnya, semalam.

Menerusi sebuah entri, Emma dilihat menyarungkan cincin tunang bertatah berlian sambil berdiri di samping McCary.

Pasangan ini bercinta selama dua tahun dan berkenalan sejak Stone mula mengacara program SNL pada 2016.

Terdahulu, Stone pernah memenangi pelakon terbaik anugerah Oscar pada 2017 menerusi filem La La Land manakala McCary juga pernah tercalon anugerah Emmy menerusi hasil kreativitinya untuk SNL.

Pasangan ini juga merahsiakan percintaan mereka dan hanya muncul bersama di khalayak ramai beberapa kali sahaja.

Selamat bertunang, McCary & Stone!

SGMS Faida