Categories: FeaturedOh Lawa

Mungkin ada bakteria halus yang ‘membiak’ dalam beg kosmetik anda!

Jika anda seorang yang gemar bersolek, berhati-hati kerana peralatan atau barangan kosmetik yang digunakan mungkin boleh memudaratkan kulit dan kesihatan anda.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Microbiology, mendapati sembilan daripada 10 jenis produk kecantikan yang sering digunakan mungkin dicemari superbug iaitu ulat halus yang berpotensi mengancam nyawa!

Menurut Popsugar, sekumpulan penyelidik di Aston University School of Life and Health Sciences melakukan kajian terhadap beberapa produk atau alat kosmetik ­­­merangkumi pelbagai kategori, seperti gincu, maskara, pengilat bibir dan penggaris mata.

Berdasarkan kajian itu, mereka menemui bakteria seperti E Coli dan Staphylococcus pada  kadar yang tinggi dalam produk yang dikaji.

Hendak tahu produk atau bahan mana yang paling banyak membiak bakteria? Jawapannya ialah  beauty blender” atau span kecantikan sering digunakan wanita untuk meratakan bedak asas cecair atau formula kontur.

Jangan biarkan span anda kotor! Sumber: Courtney Bouchard

Seperti berus solekan, span ini selalunya dibiarkan lembap selepas digunakan dengan krim atau cecair kosmetik, justeru lebih memudahkan bakteria untuk membiak pada span berkenaan!

Kumpulan bakteria terbabit boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan kulit. Jika memasuki saluran darah, bakteria berkenaan berisiko menyebabkan penggunanya dimasukkan ke hospital.

Malangnya, kajian berkenaan juga mendapati kira-kira 93 peratus pengguna mengakui bahawa mereka tidak pernah membasuh span mereka!

ARTIKEL BERKAITAN: Cuci beauty blender anda dengan teknik mudah ini, gerenti tampak macam baharu!

Jika tidak dicuci, ada potensi ulat akan hinggap dan hidup di dalamnya. Sumber: Salverehealth.org

Kajian itu membuktikan kepentingan perlunya lebih banyak peraturan terhadap pemasaran barangan dalam industri kosmetik.

Dr Amreen Bashir yang mengetuai kajian itu mencadangkan supaya semua pengeluar barangan kosmetik menyediakan arahan penggunaan yang jelas bagi setiap produk.

“Lebih banyak usaha perlu diambil untuk mendidik pengguna dan pihak industri kosmetik mengenai kepentingan membersihkan span kecantikan dan mengeringkannya,” katanya.

Pada masa yang sama, kajian itu juga menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab seseorang pengguna kosmetik itu terhadap kesihatan dirinya sendiri.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini, pengguna perlu meluangkan masa untuk mencuci span kecantikan dan membersihkan gincu serta penggaris mata mereka sekali seminggu. Lebih kerap, lebih bagus.

Yang pasti, ini lebih baik daripada jika anda terpaksa dikejarkan ke hospital. Setuju atau tidak?

Ad Ops