Erma Fatima Percaya Hafiz Mahamad Tak Berniat Buat ‘Content’ Cium Hajar Aswad – “Tak Usaha Macam Tu Memang Takkan Dapatlah”

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima percaya tindakan usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad yang sanggup bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad adalah bukan berniat mencipta ‘content’ untuk mencari perhatian.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Erma turut berkongsi apabila dia juga pernah melalui situasi sama apabila terpaksa meredah semata mahu memberi peluang kepada rakan untuk mencium Hajar Aswad.

“Inilah hakikatnya yang harus dilalui kalau kita nak cium Hajar Aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam tu memang takkan dapatlah.

“Aku percaya dia tak berniat untuk content kerana aku pun pernah lalui situasi itu. Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium Hajar Aswad.

“Memang bukan sesuatu yang wajib tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah apa yang siapa saja yang pergi nak rasa. Cuma tahap kesanggupan untuk redah itu bergantung pada diri masing-masing,” tulisnya.

Tambah Erma, dia menyifatkan tindakan Hafiz itu sebagai satu perjuangan dan menamakannya ia sebagai gerak gempur.

“Allah tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu. Mungkin hanya orang yang pernah berada disitu akan faham kenapa dan mengapa.

“Walaupun dia seorang influencer, saat itu dia lakukan bukan kerana dia influencer tapi satu perjuangan. Ha..ha..aku pernah buat tu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur.

“Its ok Hafiz…kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tindakan Hafiz Mahamad yang bersesak-sesak untuk memberi peluang kepada kakitangannya mencium Hajar Aswad mencetuskan perbalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Niat Saya Nak Wujudkan Keberanian Pada Sahabat Untuk Datang Ke Makkah” – Dah Padam Video, Hafiz Mahamad Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Hukum Mencium Hajar Aswad Jatuh Haram Sekiranya Membahayakan Keselamatan Diri” – Dr Zulkifli

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Mel*nc*p Atas Foto Isteri, Hafiz Mahamad Minta Pelaku Tampil Mohon Maaf… Siap Tawar Tiket Umrah – “Allah Beri Saya Kesabaran” 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Meremang Tonton Filem Pendek Misi AINAA, Hafiz Mahamad Bangga & Sebak… Pasang Impian Terbit Dokumentari Di Netflix

Khairil Khusyairi