Dah Belajar Dari Kesilapan Lalu… Syada, Shila Amzah Saling Bermaafan – “Adik-Beradik Bila Panas Sekejap Je”

Penyanyi, Syada Amzah mengakui hubungannya bersama kakak, penyanyi Shila Amzah sudah semakin membaik selepas masing-masing memilih untuk melupakan kemelut lalu.

Sementara itu, Syada juga memaklumkan dirinya sudah belajar daripada kesilapan lalu untuk tidak berkongsi mengenai perihal peribadi di platform media sosial.

“Dalam 2024, kami berdua dah dewasa. Sekarang saya pun dah belajar dari kesilapan lalu.

“Saya dah tak akan meluahkan segalanya di media sosial, apa yang kami tunjukkan di media sosial itu adalah apa yang kami benarkan untuk ditunjukkan sahaja.

“Dari segi kami saling bermaafan tu seeloknya belakang tabir.

“Kami memang tiada masalah. Adik-beradik ni bila panas sekejap je. Bila jumpa balik elok sahaja,” katanya.

Syada berkata demikian menerusi temu bual bersama portal hiburan di Instagram.

Sebelum ini, kemelut keluarga Syada dan Shila menjadi perhatian ramai selepas masing-masing meluahkan rasa kesal di media sosial.

Isu antara mereka tercetus selepas Syada mendedahkan mereka sekeluarga dihalau dari kediaman mewah Banglo milik Shila.

Bagaimanapun, konflik tersebut sudah selesai apabila Syada memaklumkan dia dan keluarga kini menetap di kondominium. manakala banglo juga sudah terjual.

Artikel Berkaitan:

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Bukti Adik Shila Amzah ‘Menagih’ Pinjam Duit Rakan Lepas Keluar Dari Banglo – “Jangan Guna Nama Kakak Kau Nak Raih Simpati!”

Artikel Berkaitan: Isu Halau Keluarga, Syada Amzah Selesai Pindah Rumah… Hubungan Dengan Shila Masih Dalam Mod ‘Silent’- “Ini Perkara Biasa Yang Berlaku Dalam Family Yang Pecah-Belah”

Aqilah Paharuzi