“You Were Born For This” – Sophia Albarakbah Mahu Aisha Retno Terus Jadi Kebanggaan Keluarga

Pelakon jelita Sophia Albarakbah meluahkan rasa bangganya selepas melihat sepupunya, Aisha Retno meraih gelaran Naib Juara dan Persembahan Terbaik bagi lagu Sutera di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Ahad lalu.

Menurut Sophia, Aisha sememangnya dilahirkan berbakat, malah berharap dia terus menjadi kebanggaan keluarga menerusi setiap karyanya dalam industri muzik tanah air.

“No words to describe how proud I am of you Aisha Retno for winning ‘Persembahan Terbaik AJL 38’ & 1st runner up for AJL 38.

“You were born for this, music has always been in your blood and you are one of the most talented singers around.

“You’ve worked so hard and it all paid. This is only the beginning of more success in the future. Keep making the family proud. Love you,” tulisnya.

Terdahulu, Aisha yang memenangi tempat kedua di AJL38 membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Manakala, Aisha turut membawa pulang wang tunai bernilai RM12,000 beserta trofi untuk Persembahan Terbaik.

Untuk info, Aisha telah mempertaruhkan lagu yang berentak EDM beserta elemen jawa itu turut memukau penonton dengan aksi terbang setinggi 30 kaki ketika membuat persembahan di pentas mega itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz Kagumi Usaha Keras Aisha Retno – “She Deserved It!” 

ARTIKEL BERKAITAN: AJL38: Alami ‘Panic Attack’ Usai Keputusan Diumumkan, Aisha Retno Syukur Rangkul Gelaran Naib Juara & Persembahan Terbaik

Fatin Nurain