Categories: HiburanTrending

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Pelantun lagu Gundah ini menzahirkan rasa syukur apabila lagu ciptaannya bersama Sharon Paul berjaya tersenarai antara 12 finalis yang akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) nanti.

Menyifatkan ianya sebagai satu kejayaan, Ernie bagaimanapun tidak menjanjikan apa-apa kelainan untuk ditampilkan pada anugerah berprestij itu.

“Pertama sekali, berbanyak terima kasih daripada teaser ramai sangat yang tidak sabar untuk dengar lagu Gundah ini. Alhamdulillah.

“Nak kata ada kelainan, itu tidaklah… Saya cuma akan membawakan lagu ini bertepatan dengan semua orang maksudnya semua orang boleh relate dengan kehilangan insan tersayang”

Namun, apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam AJL35 yang sering dikaitkan dengan pemegang ‘title’ vokal terbaik, Ernie menganggap ianya sebagai tanggungjawab untuk buat yang terbaik.

“Setiap kali dalam pertandingan of course itu satu tanggungjawab. Dan untuk saya aim satu gold tu saya rasa tidaklah meletakkan harapan sangat. Tapi danmasuk competition tu kenalah juga ada hala tuju, kalau tak kita tak tahu”

Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menyifatkan pengalaman menyertai AJL selama dua tahun ini cukup memberikannya pengalaman terutamanya bagaimana mahu bermain emosi menerusi lagu yang dibawakan beliau.

Jadi, buat semua peminat Ernie Zakri, jangan lupa saksikan Gundah pada AJL35 nanti okay!

Salma Syahbuddin