Hiburan By: SGMS Faida August 30, 2019 @ 1:32pm

Erra Fazira Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

Pelakon popular Hajah Erra Fazira mengaku sebak ketika berada di padang Arafah, Makkah, baru-baru ini. 

Erra yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan Haji memberitahu mendapat pengalaman luar biasa ketika di sana.

“Sebelum bertolak, saya menjangka perjalanan ini berkemungkinan berat tetapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

“Saya anggap ini perjalanan ibadah paling indah dalam hidup saya.

“Antara pengalaman yang tidak saya dapat lupakan ketika wukuf di Arafah, hujan turun dengan sangat lebat. Saya nampak awan hitam berarak sebelum hujan turun dengan sangat lebat. Ramai jemaah yang keluar dari khemah dan menadah tangan berdoa kepada Allah. Melihat situasi itu, saya menjadi cukup sebak,” katanya ketika ditemui di majlis pra-tonton filem Wangi di E-Curve malam tadi. 

Kongsi Erra, antara doanya di sana adalah untuk mengecapi kejayaan dunia dan akhirat.

Erra Fazira berangkat ke Tanah Suci pada awal Ogos lalu selepas lima tahun menyimpan hasrat untuk menunaikan Haji. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Sun, 4 Nov 2018
Hiburan Mon, 19 Feb 2018

PANAS! PENGACARA INI KAHWINI PASANGAN SEJENIS

“We?… hells yeah, we are! Signing my death warrant/agreement to be enslave. No hashtag, no photoshoot, no special dress… just love. Lol. We did it. Many thanks, friends. You’ve been great!”

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Super Junior’s Leeteuk Undergo Emergency Surgery

He has been pulled out of scheduled events.

Events Wed, 10 Jul 2019

Tun Mahathir Sambut Hari Jadi Ke 94, Apa Komen Selebriti…

Semoga Tun M terus sihat, Amin! Happy Birthday Tun Mahathir…