Categories: HiburanSelebriti

‘Esok Kalau Ibu Dah Tak Ada…’- Perkongsian Zarina Zainuddin Buat Netizen Sebak

Perkongsian kisah membesarkan anak kembar autism oleh pelakon Zarina Zainuddin sering menyentuh hati pengikut di Instagramnya.

Semalam, Zarina memuat naik sebuah video di mana anaknya, Muhammad Razil Azrai atau Azil mengamuk selepas diminta tidak mengikut kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal ke gimnasium.

Zarina yang turut menangis dalam video itu memberitahu mengalami kesakitan selepas Azil menghentak bahunya.

“Sakit kena tanggung sendiri… Sakit bahu saya 3 kali kena hentak… Sabar la Azil, masa ibu ada ni, ibu ikutkan je lah,” tulisnya.

Pelakon Teduhan Kasih ini turut berpesan agar anaknya itu boleh menjaga diri kelak jika dia sudah tiada.

“ Esok kalau ibu dah tak ada, mudah-mudahan Azil pandai jaga diri,” luah Zarina yang mengundang sebak netizen.

Akui Zarina, doktor ada memberi ubat tetapi sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kesannya yang membuatkan Azil jadi tidak bermaya.

“Risiko anak autisme, bila besar tenaga dia kuat. Bila tak ada aktiviti dia jadi hyperactive,” ujarnya.

Sebilangan besar pengikut ikut emosi apabila melihat perkongsian berkenaan dan berharap dia terus tabah membesarkan Azil dan Azal.

SGMS Faida