Categories: Oh Lawa

Amalkan minuman ‘booster’ limau kasturi ini, pasti anda lebih cantik dan sihat berbanding sebelumnya!

Khasiat limau kasturi bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah, boleh meningkatkan tenaga dan mengekalkan kecantikan buat wanita.
Lebih menarik amalan minum air limau kasturi ini mampu hilangkan kedut dan menjadikan wajah awet mudah serta singkir kolesterol jahat dalam tubuh. Mudah saja nak buat air limau kasturi, jadikan amalan setiap hari dan rasai kebekesanannya.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal yang diubah suai oleh pengguna media sosial Suhaili Baharudin. Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.

Bahan-Bahan:


Foto: artworksadv

Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula mendapatkannya.

Cara Membuat:

1. Belah dan buang biji. Kisar halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Kalau mahu tapis pun tak apa.

2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli.

3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.

Cara penggunaannya:

Setiap kali hendak minum ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya.
Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub. Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, selain kurang rasa sakit badan.
Yanie Baharom