Categories: HiburanSelebriti

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

“ Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika mendapat berita yang disampaikan suami. Waktu itu saya sedang solat,” demikian kata pelakon Lana Nodin yang sebak memberitahu keadaan anak keduanya, William Daud Mckienzie.

Lana memaklumkan di IG Live, pembedahan bayi kecil berusia dua bulan itu terpaksa ditangguhkan selepas jantung William terhenti selama 10 minit.

“Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang tadi. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.

“Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Jantung kembali berfungsi selepas beberapa minit dan dia terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini,” katanya.

Lana yang kelihatan sebak memohon doa daripada orang ramai agar pembedahan William berjalan lancar seterusnya diberi kesihatan baik.

“ Tolong doakan anak saya dan saya berharap semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

Semalam, anak kedua Lana dan suaminya, Mohd Daud McKienzie dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) sebelum menjalani pembedahan yang dijadual petang semalam.

SGMS Faida