Hiburan By: Maya Basir August 18, 2023 @ 1:56pm

Akhyar Rashid Penguat Semangat Eyka Farhana, Tunggu ‘Seru’ Untuk Berkahwin – “Siapa Tahu Pada Tahun Depan…”

Pelakon Eyka Farhana menyerahkan kepada jodoh tentang hubungan percintaannya bersama pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Memetik laporan Harian Metro, Eyka dan Akhyar masing-masing mahu fokus dalam kerjaya mereka terlebih dahulu sebelum membawa hubungan ke fasa seterusnya.

“Kami seperti orang biasa, masih berkawan seperti sama saja. Apa yang penting adalah kami baik terhadap satu sama lain. Dia fokus dengan kerjayanya sebagai pemain bola dan begitu juga saya.

“Malah, kami juga turut menjadi penguat semangat buat satu sama lain. Semestinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin namun mungkin belum sampai seru lagi. Ini kerana saya percaya kepada perkara itu.

“Buat masa ini, saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk masa hadapan saya. Fokus utama diberikan terhadap kerjaya seni dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT,” jelasnya.

Namun, dia tidak menolak sekiranya sampai ‘seru’ untuk berkahwin dalam beberapa tahun lagi.

“Seandainya sampai seru saya untuk berkahwin, siapa tahu pada tahun hadapan. Mana tahu juga dua tahun lagi ke kan? Seperti saya katakan tadi, saya selalu percaya bila orang kata, sampai seru tu,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25 iaitu sekitar tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sweetnya! Sambut Birthday Bersama, Eyka Farhana Pesan Dekat Akhyar Rashid: “Be A Good Boy, Rotan Nanti”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Trending Thu, 8 Jul 2021

Kadar Faedah Pinjaman Dikekalkan – BNM

Diharap ekonomi global terus kukuh!

Trending Fri, 12 Oct 2018

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan telah pun mengesahkan berita ini.

Trending Fri, 19 Jun 2020
Trending Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 15 Jun 2023