Hiburan By: Khairil Khusyairi November 6, 2023 @ 2:00pm

Netizen Mahu Boikot Air Jagung Amir Raja Lawak Gara-Gara…

Pelawak, Amir Raja Lawak mendedahkan ada pihak yang mengugut mahu memboikot perniagaan air jagungnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi ini memuat naik tangkap layar satu komen yang ditulis seorang netizen yang mahu memboikot air jagung ‘Amerika’ kerana mendakwa penggunaan nama tersebut sangatlah dibenci orang ramai

“Air jagung Amerika orang amat benci guna nama kalau tidak boikot,” tulis seorang individu.

Tidak berdiam diri, Amir tampil membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa penggunaan nama ‘Amirreka’ itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan negara Amerika Syarikat yang ketika ini mempunyai hubungan baik dengan Israel.

“Ya Allah, dah terang-terang air jagung ‘Amerrika’ ini bermaksud Amir reka atau Amir yang reka,” balas Amir.

Menurut laporan Harian Metro pula, Amir akui terkejut dengan komen yang diterimanya itu memandangkan kini hangat mengenai isu boikot.

“Saya terkejut dan risau juga pada mulanya dengan komen itu. Apatah lagi, situasi sekarang orang bersemangat sangat nak boikot produk. Tapi, tiba-tiba produk saya pula nak kena boikot sedangkan semua bahan diguna produk tempatan saja.

“Jadi, saya mohon maaf andai ada yang keliru. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah bisnes belum lagi terjejas. Cuma, risau jika orang lain ada berfikiran sama dengan individu yang komen itu dan ia sudah saya jelaskan pada hantaran di Instagram.

“Saya ini berniaga kecil-kecilan. Kalau boikot, macam mana saya nak bisnes. Saya juga ada ejen-ejen, lagi la risau kalau mereka (ejen) pun terkena tempias. Ditambah, dengan cara ini saya dapat berkongsi rezeki bersama orang lain,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 27 Aug 2018

What a Great Year to Celebrate #KitaPunya Merdeka!

Our 61st independence day feels like a brand new one.

Featured Fri, 1 Oct 2021

“Saya Rasa Berdosa, Takut Azab Allah Dari Kejian Manusia” – Didakwa Dengki Terhadap Ebit Lew, Firdaus Wong Buka Mulut

Sejak tular video seks yang didakwa milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), pelbagai spekulasi mulai timbul. Malah, nama pendakwah Firdaus Wong turut terpalit gara-gara mendedahkan perbualan lucah didakwa milik UEL. Terbaharu, menerusi program bual […]

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Sun, 2 Jul 2023

Ibu Mertua Noor Nabila Meninggal Dunia

Al-Fatihah 🤲🏻😌

Trending Sun, 29 Dec 2019
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Trending Wed, 10 Mar 2021

Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Haji Buat Jemaah Malaysia

In shaa Allah, semuanya berjalan dengan baik…