Ezzaty Abdullah Pakai Baju Raya Tahun Lepas, Biar Suami Dan Anak-Anak Melaram – “Saya Cuma Ada Kuih Raya Je”

Pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan dia tidak berhasrat untuk memiliki baju raya pada tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ezzaty berkongsi suaminya yang juga pelakon, Azwan Kombos yang banyak melakukan persiapan raya.

“Tak boleh percaya pun berita isteri-isteri shopping raya pastu suami kena sidai. Sebab saya yang selalu kena sidai, suami yang shopping.

“Dia dah ada baju raya, kasut raya. Saya cuma ada kuih saya je. Pakai baju raya tahun lepas je lah.

“Jom repeat baju raya tahun lepas. Biar suami dan anak-anak je malaram baju dan kasut baru.

“Yang penting kita ada kuih raya baru,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Kasih 2 itu turut membuat undian poll di Instagram Stories yang menunjukkan kaum isteri yang tidak membeli baju raya pada tahun ini.

“Nampaknya ramai isteri-isteri sokong kenyataan saya semalam. Saya tak berseorangan,” coretnya lagi.

Untuk info, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.

Khairil Khusyairi