[VIDEO] Nurul Shuhada Langsing Gayakan Kebaya, Ada Pula Yang Tegur – “Ketat Melekat Sangat Tu”

Perkongsian bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bersama dua lagi wanita.

Video tersebut menampilkan ibu tunggal itu mengenakan baju kebaya hijau dan sedang menari di perkarangan sebuah pusat beli belah.

Ditambah pula dengan fizikal Shuhada yang langsing, ternyata perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu.

Ramai turut memuji penampilan langsing Shuhada.

Namun, disebalik komen-komen positif tersebut ada juga yang tampil menegur gaya pemakaian Shuhada itu dengan berharap akan melonggarkan sedikit pakaiannya.

Malah, ada juga turut berpesan agar jangan terlalu menunjukkan tubuh badan kerana kurang sesuai bagi wanita berhijab.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

Khairil Khusyairi