[VIDEO] Zizi Kirana Pertama Kali Jejak Bumi Syam, Merdu Alunkan Selawat Bersama Anak-Anak Syria

Penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian warga maya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik sebuah video dia menyanyi bersama anak-anak Syria.

Video berdurasi hampir seminit itu mempamerkan Zizi mengalunkan selawat Assalamu Alayka sambil dikelilingi kanak-kanak warga Syria.

“Ya Rabb, kami lakukan apa yang kami mampu untuk menggembirakan hati anak-anak kami di Syria ini Ya Rabb dan semua itu hanya terjadi atas izinMu Ya Rabb,” tulisnya ringkas.

Ternyata perkongsian pelantun lagu Eh itu mendapat respons positif daripada warganet apabila rata-ratanya meluahkan rasa senang.

Difahamkan keberadaan Zizi di Syria adalah bagi menyertai misi kemanusiaan bersama pertubuhan Cinta Syria Malaysia.

Malah, misi tersebut merupakan perjalanan kali pertama Zizi menjejakkan kaki di bumi Syam.

Khairil Khusyairi