Faizal Ismail Bakal Tinggalkan Malaysia?

Bakal melanjutkan pelajaran pada September ini, pengacara terkenal Faizal Ismail memaklumkan jika tiada aral, dia akan berangkat ke United Kingdom pada September ini.

Menurut Faizal, dia bakal menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Cardiff University, United Kingdom (UK).

“Insya-Allah sekiranya tiada apa-apa aral, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Cardiff University UK pada September ini.

“Sesuatu yang dah lama saya rancang namun kerana urusan peribadi dan bisnes maka tahun ini, Allah izinkan.

“Master dalam bidang Industri Kreatif (Creative Industries) yang akan saya manfaatkan untuk diri dan Malaysia,” tulisnya.

Mungkin ramai yang tahu, Faizal juga menjalankan perniagaan makanan iaitu Daging Itam eFBI sejak tiga tahun lalu.

Faizal memaklumkan perniagaanya masih akan terus berjalan seperti biasa walaupun dia berada jauh di perantauan.

“Apapun, bisnes @efbifoodproduct_hq akan tetap berjalan seperti biasa kerana sudah ada team yang menguruskan.

“Saya juga akan membawa produk ‘Ready to Eat’ ini untuk diperkenalkan di sana.

“Begitu juga @dbilique, saya akan mengusahakan ‘content’ berlainan sepanjang berada di sana.

“Doakan segala urusan dipermudahkan, insya-Allah,” tulisnya lagi.

Faizal Ismail meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio pada tahun 2013 namun begitu dia kembali bertugas mewarnai dunia penyiaran menerusi pelancaran platform digital yang dinamakan Dbilique.

SGMS Faida