FaizaL Tahir Tegur Artis Baru Jangan Malas

Komposer dan penyanyi yang popular menerusi lagu Mahakarya Cinta, Sampai Syurga ini mendesak penyanyi baru yang mahu mencipta nama dalam industri supaya tidak malas dan berani mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Berkongsi pengalaman dan nasihat, Faizal Tahir memberitahu adalah tidak wajar bagi artis baru menarik diri dari mana-mana pertandingan yang melibatkan artis senior dengan alasan takut untuk menghadapi persaingan.

“Mereka perlu berani menyahut cabaran, Dulu ketika baru bermula dan mendapat tahu Dato Siti pun terlibat dalam pertandingan yang sama, saya seboleh-bolehnya mahu terlibat sama. Saya perlu desak diri sendiri untuk tahu sejauh mana kemampuan saya untuk bersaing dalam industri lebih-lebih lagi ianya turut melibatkan penyanyi nombor satu.” Katanya

Jadi, kepada sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi artis dan menempa nama dalam industri seni tanah air, korang kenalah mempunyai kreativiti sendiri, jangan malu bertanya dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk jadi lebih berani okay!

Salma Syahbuddin