Fara Fauzana Menangis Borak Soal Cinta, Netizen Beri Kata-Kata Semangat – “It’s Okay Lambat Daripada…”

Penyampai radio, Fara Fauzana menangis apabila memberi pendapatnya mengenai pilihan di antara cinta atau duit.

Menerusi perkongsian di TikTok @hotfm976_, Fara dan rakan penyampai, AG berborak tentang topik tersebut semasa segmen Bekpes Hot, semalam.

“Ada siapa-siapa tak nak beli cinta? Tolong,” kata AG sambil tuju ke arah Fara.

“Yes, if you ask me I tak akan pilih duit, I akan pilih cinta,” ujar Fara sebak dan menangis.

@hotfm976_ Pagi ni… tiba tiba sedih juga bila tengok @INIREALFAFAU menangis…🥺 Pagi tadi Bekpes Hot berborak tentang pilihan diantara cinta atau duit. Dan ini jawapan Fafau…. To our lovely Fara Fauzana, Kitorang sentiasa doakan yang terbaik buat akak. Because you have such a kind soul. Semoga akak berjumpa cinta sejati dan bersama hingga ke akhir hayat… Kitorang semua suka kacau akak, but…. WE LOVE YOU SO MUCH ❤️ #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ original sound – Hot FM

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Fara dan mendoakan agar dia ditemukan dengan jodoh yang baik satu hari nanti.

“I feel you Fafau. Saya bertemu jodoh masa umur 41 tahun. Kami doakan Fara bertemu jodoh.

“Kak fafau, semoga Allah kurniakan kita lelaki yang terbaik. It’s okay to be late daripada tersalah pilih.

“Fafau you kuat. Allah bagi ujian ni untuk awak sebab Allah tahu awak kuat,” komen netizen.

Untuk rekod, Fara pernah hampir berkahwin pada 17 September 2016 dengan seorang pemuda bernama Mohamed Hafiz namun telah dibatalkan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai pembatalan tersebut.Penyampai radio, Fara Fauzana menangis apabila memberi pendapatnya mengenai pilihan di antara cinta atau duit.

Menerusi perkongsian di TikTok @hotfm976_, Fara dan rakan penyampai, AG berborak tentang topik tersebut semasa segmen Bekpes Hot, semalam.

“Ada siapa-siapa tak nak beli cinta? Tolong,” kata AG sambil tuju ke arah Fara.

“Yes, if you ask me I tak akan pilih duit, I akan pilih cinta,” ujar Fara sebak dan menangis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Fara dan mendoakan agar dia ditemukan dengan jodoh yang baik satu hari nanti.

“I feel you Fafau. Saya bertemu jodoh masa umur 41 tahun. Kami doakan Fara bertemu jodoh.

“Kak fafau, semoga Allah kurniakan kita lelaki yang terbaik. It’s okay to be late daripada tersalah pilih.

“Fafau you kuat. Allah bagi ujian ni untuk awak sebab Allah tahu awak kuat,” komen netizen.

Untuk rekod, Fara pernah hampir berkahwin pada 17 September 2016 dengan seorang pemuda bernama Mohamed Hafiz namun telah dibatalkan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai pembatalan tersebut.

Maya Basir