Categories: Trending

Azizulhasni Awang & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Keempat, Teruja Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama!

Pelumba basikal tanah air Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan dia dan isterinya, Athiah Ilyana selamat menimang cahaya mata keempat, hari ini

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh Azizul menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Azizul, kehadiran cahaya mata keempatnya itu merupakan hadiah hari lahir yang bermakna buatnya pada tahun ini.

Bagaimana pun, Azizul masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anak keempatnya itu.

“Alhamdulillah. Syukur isteri yang tersayang @tyailyana memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.

“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar, maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu.

“Alhamdulillah syukur isteri dan baby sehat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt. Masyaallah Tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada 4 orang anak, semoga Allah swt memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban.

“I love you so much sayang.Agak-agak korang baby boy ke baby girl kali ni?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa kepada atlet sukan berbasikal negara itu.

Fatin Nurain