Categories: HiburanTrending

Khai Bahar Kongsi Voice Note Arwah Ibu Menyanyi Luah Rasa Rindu Pada Anak & Cucu – “Bukan Tak Terima Kenyataan…”

Penyanyi Khai Bahar tampil berkongsi telatah arwah ibunya, Rosnah Mohamad yang spontan menyanyi melalui pesanan suara di aplikasi Whatsapp.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Khai menyatakan adiknya, Fatihah telah berkongsi ‘voice note’ arwah ibunya meluahkan rasa rindu pada anak dan cucunya secara spontan dengan menukar lirik lagu Butakah Cinta nyanyian Spring.

“Bukan tak terima kenyataan, hati ni hanya rindu , tak pernah tau pon mak voice note lagu ni dekat Teha, bila dengar sampai habis tak expect lirik macam tu, Teha.. Awat hang tak pernah bagi aku dengar sebelum ni,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, adiknya, Fatihah menjelaskan bahawa nyanyian spontan arwah ibunya itu merupakan luahan rasa rindunya kepada anak dan cucunya yang berada di Perlis ketika penularan COVID-19.

“Waktu ni mak duduk rumah khai dekat KL. Mak tak lepas balik Perlis sebab corona virus, dia buat lirik lagu tu nak bagitahu dia rindu nak balik Perlis.

“Rindu anak-anak cucu-cucu dia dekat Perlis tapi tak mengapa sebab waktu tu dia duduk rumah anak kesayangan dia. Al-Fatihah mak,” katanya.

Terdahulu, Khai telah berkongsi khabar duka tentang pemergian arwah ibunya, pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran Saya Kosong” – Selamat Dikebumikan, Khai Bahar Masih Terkejut Ibu Dah Tiada… Terkilan Tak Dapat Tatap Wajah Kali Terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Sambut Ulang Tahun Bersama, Khai Bahar Kongsi Kejadian Sebelum Ibu Tersayang Menghembuskan Nafas Terakhir

Fatin Nurain