Muntah-Muntah Akibat Keracunan Makanan, Fasha Sandha Nafi Sedang Berbadan Dua

Pelakon Fasha Sandha tampil menafikan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua susulan berita dirinya mengalami muntah-muntah selama beberapa hari, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Fasha memaklumkan dirinya mengalami muntah-muntah akibat keracunan makanan.

“Kejap je sakit, muntah-muntah bukan pregnant tau, salah makan atau minum beli topi jalan. Selalu beli tepi jalan ok je.

“Maybe hari tu tak bernasib baik atau makanan or minuman tu kena kuman ke atau air tak masak ke apa. Hati-hati ya semua. Yang penting, terus kan makan beunita dan berryfull,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Anak Mami Kembali itu juga sempat berkongsi azam tahun barunya.

“Alhamdulillah. Azam baru untuk tahun ni cut sugar, cut carbo. Dan cut masa penggunaan handphone.

“Maaf ya tak sempat reply semua yang text. Love all of you Im ok. My sisters, family, friends, fans, bosses are the best. Thanks hubby jaga i masa sakit manjah-manjah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Muntah-Muntah & Badan Lemah Hingga Hilang 2 Kilogram, Fasha Sandha Tetap Masuk Set Penggambaran

Fatin Nurain