“Dah Jadi Pinggang Kerengga” –  Zarina Zainuddin Teruja Dah Kurus, Mampu Sarung Baju Lama Kembali

Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menjadi perhatian apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Zarina memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya yang sedang bersiap.

Tampil dengan baju bewarna merah jambu, Zarina meluahkan rasa teruja apabila berat badannya kini kembali normal sehingga pinggangnya kelihatan seperti pinggang kerengga.

Malah, ibu kepada empat cahaya mata ini lagi turut memaklumkan dia kini juga mampu untuk menyarung kembali baju-baju lamanya.

“Tengok perut saya dah nipis. Pinggang dah jadi pinggang kerengga.

“Cik Ina dan kurus. Tahun baru boleh pakai baju lama balik dah.

“Berat saya dah 53 Kg, berat ideal saya dulu. Tak mahu kurus sangat, ni dah okay dah,” tulisnya teruja.

Tambah pelakon drama Rajuk Karina itu lagi, keadaan kesihatannya kini juga semakin baik apabila kandungan kolestrol dalam badannya sudah stabil.

Dalam pada itu, Zarina turut memberi nasihat kepada semua untuk menjaga kesihatan dan pengambilan makanan untuk terus sihat.

“Saya pun dah tak ada ‘migraine’ lagi, kolestrol pun dah stabil, sakit tumit tu dah kurang dah bukan hilang terus tapi dah kurang sebab badan dah ringan langkah pun dah laju.

“Cuma saya nak bagitahu kita bila dah kurang makan kena ambil ‘supplements’ kalau tak kita jadi cepat lesu dah lepas makan saja ngantuk.

“Jadi ada kebaikan dan kelemahan juga, kita kena jaga pemakanan kalau nak sihat jangan main bedal saja sebab sakit sendiri tanggung tak ada orang pun ‘share’ sakit kita.

“Makin tua makin nak jaga.. saya makan saja semua tapi dengan kuantiti yang sikit cuma makan tu sikit tapi kerap sebab dia jadi cepat lapar,” tulisnya.

Ogos tahun lalu, Zarina memaklumkan bahawa dia telah selamat menjalani pembedahan bariatrik.

Kongsi Zarina, dia melakukan pembedahan tersebut kerana mengalami masalah kesihatan dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan bariatrik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sangat Disenangi Semua Orang” – Zarina Zainuddin Tak Boleh Lupa Jasa Baik Azar Azmi…Orang Pertama ‘Call’, Siap Tolong Tukarkan Tayar Pecah Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampaikan Lutut & Tumit Sakit” – Akibat Paras Kolesterol Tinggi, Zarina Zainuddin Selamat Jalani Pembedahan Bariatrik

Khairil Khusyairi