[VIDEO] Netizen Terkejut Wajah Kucaimars Mirip Seperti Wanita Viral Bersuara ‘Jantan’ – “Weh Sebijik”

Penyanyi Kucaimars menjadi perhatian apabila wajahnya dikatakan mirip gadis bersuara jantan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 26, memuat naik potongan video yang memaparkan gadis bersuara jantan yang tular di media sosial berserta video dirinya.

Menurut Kucaimars, dia menyatakan ramai yang memetik namanya apabila netizen berpendapat wajah gadis bersuara jantan tersebut mirip wajahnya.

Dalam video tersebut, Kucaimars pada mulanya menafikan perkara tersebut. Namun selepas dia tampil mengenakan tudung, pelantun lagu Jawab itu mengiyakan cakap-cakap netizen yang wajahnya seakan sama dengan wanita tersebut.

“Kenapa semua tagged saya. Mana ada sama. Sabar kejap, saya pakai tudung.

“Sama sikit saja,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut menyatakan wajah Kucaimars sememangnya mirip dengan wanita bersuara jantan tersebut.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita sejati mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki.

Beberapa videonya mendapat perhatian di TikTok dan aplikasi X, dimana ramai netizen menyangka dia lelaki berpakaian wanita atau hanya menggunakan aplikasi alih suara untuk kandungan videonya.

Video-video wanita yang dikenali Nurnazrah Abd Samat , 21, itu ternyata berjaya menarik perhatian serta meraih tontonan ramai sehingga mengelirukan netizen.

Khairil Khusyairi