“Sticking To My Close Circle” – Tutup Pintu Persahabatan, Uqasha Senrose Serik Ditipu Kawan?

Pelakon Uqasha Senrose seakan memberitahu pernah dibohongi kawannya sendiri sebelum ini.

Menerusi hantarannya di Instastory, pembohongan boleh merosakkan sesebuah persahabatan meskipun hanya tipu sunat.

“A lie is a lie. A white lie is a lie. A half truth is a lie. A hidden truth is a lie. A lie by omission is a lie.

“A lie can destroy a friendship more quickly than the truth,” ujarnya.

Katanya lagi, dia memilih untuk tidak mencari kawan baru bagi mengelakkan daripada ditipu.

“One of the reason why I don’t like to make friends and keep my circle small sebab tak pening kepala tak banyak problem. 2024 dah,” jelasnya.

Di dalam hantaran lain, Uqasha menyatakan dia tidak mahu lagi membuka pintu hati untuk persahabatan yang baru.

“Closing my door again. Sticking to my close circle,” katanya.

Maya Basir