Farah Nabilah Bongkar Rahsia Miliki Kulit Cantik Dengan Peminat

Pelakon Farah Nabilah antara selebriti yang memiliki kulit sihat dan bersih. Berkongsi rahsia memiliki kulit mulus, artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini mengakui dirinya merupakan penggemar buah-buahan sejak dahulu lagi.

Menurutnya, dia mengamalkan pengambilan buah untuk merawat kulit secara luaran dan dalaman.

“ Buah dapat memperbaiki kulit kusam, membantu menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah serta mengurangkan pigmentasi, parut jerawat dan kulit tidak sekata.

“ Jika ditanya apa rahsia kulit bersih, buah adalah solusinya. Oleh sebab itu, saya mahu kongsikan rahsia kecantikan menerusi produk keluaran sendiri iaitu Fawaa Beauty,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pelakon yang meningkat naik menerusi drama Titian Cinta ini mengeluarkan produk kolagen yang diformula dari buah-buahan bagi membantu wanita di luar sana terus sihat dan memiliki kulit cantik.

“ Cecair kolagen ini sudah dilancarkan sejak hujung tahun lalu dan ia dihasilkan daripada buah-buahan seperti tomato, plum, epal, delima serta minyak kelapa dara juga kolagen.

“ Ia boleh disifatkan sebagai pakej sempurna bagi meningkatkan pengambilan protein dan vitamin yang penting serta mencukupi untuk tubuh badan kita. Fawaa Beauty pastinya kini menjadi ‘teman baik’ golongan lelaki dan perempuan dari usia 14 tahun ke atas,” katanya.

Fawaa Beauty juga merupakan rahsianya untuk tampil yakin tanpa sebarang solekan di tempat awam.

“ Kalau tidak terikat dengan komitmen seni atau perlu berlawa dengan menghadiri acara, saya juga selesa membiarkan wajah polos tanpa secalit mekap. Kulit wajah juga perlu bernafas. Paling utama, bukan sekadar kecantikan luaran semata-mata tetapi juga dalaman.

“ Ia juga umpama set penjagaan kulit wajah yang dijelmakan dalam bentuk cecair kolagen. Harga sekotak hanya RM88 dan mengandungi 14 sachet untuk penggunaan selama dua minggu,” katanya. 

SGMS Faida