Categories: HiburanSelebriti

FARID KAMIL DIDAKWA AMBIL DADAH, AKUI TIDAK BERSALAH

Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dadah dengan cara memsukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) atau ganja ke dalam badannya dua minggu yang lepas. Farid didakwa memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya , pada jam 4.30 petang, 11 Januari yang lalu.

Kelibat Farid Kamil semasa perbicaraan pagi tadi

Pertuduhan ke atasnya itu dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum du atahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan. 

Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini

Farid yang diwakili oleh peguamnya, Athari Bahardi dilihat begitu tenang ketika pertuduhan tersebut dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi. Malah, Mahkamah juga turut memerintahkan pasport pelakon tersebut diserahkan kepada Mahkamah.

Salma Syahbuddin