Categories: HiburanSelebriti

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin pada 17 Januari yang lepas, kini Farid Kamil sekali lagi tampil dengan gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau dengan berlatarbelakangkan Balai Polis Mutiara Damansara sambil memegang laporan polis.

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu. 

Gambar yang dimuat naik itu, seterusnya menarik perhatian netizen dan followers Farid Kamil dengan meninggalkan komen berupa kata-kata semangat dan sokongan terhadap beliau.

Menurut portal Berita Harian, Farid Kamil ketika dihubungi hanya menjawab “Jumpa di mahkamah esok pagi untuk maklumat seterusnya.” Dan, apabila ditanya mengenai tujuan beliau membuat laporan polis, Farid hanya mendiamkan diri malah cubaan untuk bercakap sendiri dengannya di telefon juga tidak berjawab. 

Pengurus Pelakon Tombiruo yang juga merupakan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Maaf, saya tidak dapat mengulas mengenai perkara ini,” katanya

Nyata, perkongsian dari Farid Kamil ini mendapat lebih 107.9666 likes dan 3,2999 komen setakat 4 jam yang lepas.

Salma Syahbuddin