Fathia Perlu Pengawal Peribadi?

Kontroversi demi kontroversi dihadapi oleh pelakon jelita ini!  Terbaru, pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hati apabila akaun media sosial miliknya bakal disiasat kerana disyaki telah menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pelakon drama Ariana Rose itu memuat naik perkongsian di laman Instagramnya semalam namun telah dipadam sejam kemudian.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff turut menyertakan satu notis yang dihantar kepadanya untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, penghantar notis, lokasi dan tarikh siasatan tidak dipaparkan.

Saya mahu seluruh dunia melihat apa yang mereka lakukan kepada saya. Saya pun sudah padam akaun Twitter dan sudah lama tidak kemas kini akaun itu. Saya perlukan pengawal peribadi,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon ini sering mencetuskan kontroversi melalui posting yang dimuat naiknya di laman sosial yang turut menjadi perbalahan netizen. Semoga Fathia aktif kembali berlakon seperti dulu sebab kami suka tonton lakonan awak, memang berbakat dik! 

SGMS Faida