Shaheizy Sam muat naik status pelik?

Kecik, besar, kecik, besar je aku tengok engkau ni. Dah takde kerja lain dah ke?

Begitu luahan rasa marah yang dicatatkan pelakon Shaheizy Sam, 35  atau lebih mesra di sapa Sam sahaja, gara-gara laman  facebooknya dah kena godam.

Sam memuat naik kenyataan sedemikian, diiringi bersama lakaran foto  kepala ular pada laman Instagram miliknya itu.

Kredit: Instagra Shaheizy Sam.

Akibat kena godam, pemilik nama penuh Shaheizy bin Abdul Samad ni tidak  dapat  mengakses  laman facebooknya,  justeru memohon maaf pada netizen andai kata ada yang terganggu dengan status bukan-bukan yang dimuat naik si penggodam.

Daripada beberapa komen yang membalas status Sam, memang sah wujudnya status pelik berkenaan bahkan menurut mereka twitter Sam pun kena hack.

Jadi, jika ada yang terbaca dan rasa terganggu ia bukan catatan daripada pelakon Polis Evo ini ya. Sam sendiri dah pun mengaku ni!

Akibat permasalahan itu juga, Sam menaikkan catatan ringkas kepada pemilik facebook. Mark Zuckerberg agar mempercepatkan proses mengembalikan semula laman sosialnya itu.

Dan kepada si penggodam, dalam sindiran tajam Sam mendoakan semoga Allah mengampuni dosanya.

Sabarlah ya Sam! Pasti Zuck tengah berhempas pulas tu mengembalikan laman facebook awak!

SGMS Fas