Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah.

Tular satu rakaman video di Twitter semalam yang memaparkan beberapa orang pelakon lelaki iaitu Zul Huzaimy dan Datuk Fizz Fairuz bersama hos, Khir Rahman dan Shuk Sahar membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan.

Menerusi video itu, Fauzi dilihat menceritakan secara terperinci tentang babak rogol dalam filem Anak Halal yang diterbitkan pada tahun 2007 membabitkan dirinya bersama Raja Farah.

Menurutnya, babak itu terpaksa dipotong atas permintaan ibu bapa Raja Farah tersebut.

“Tak malu ke cakap macam ni?” – Netizen

Namun begitu, rata-rata netizen meluahkan kemarahan di media sosial ketika pelakon lelaki itu menceritakan babak itu kepada umum.

“Terasa dibuka aib dan tidak dihormati” – Raja Farah

Terkesan dengan isu itu, Raja Farah memuat naik video di Instagram bersama suaminya, Iskandar Ismail sebagai maklum balas terhadap video viral yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos yang membicarakan tentang watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.

“Saya sangat terkesan. Terasa dibuka aib dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk meminta pendapat kerana begitu ramai yang meminta saya untuk menjawab isu ini.

“Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan. Saya dan suami berlapang dada.

“Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,” katanya.

Marcella