Fauzi Nawawi, Lisdawati Buka Kafe Di Bukit Bintang – “70 Peratus Dah Siap Tapi…”

Pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan isterinya, Lisdawati bercadang untuk membuka perniagaan makanan kerana bimbang dengan masa depan mereka dalam bidang seni.

Memetik laporan Harian Metro, status Fauzi yang kini sudah bercucu dan tawaran berlakon yang kurang membuatkannya berfikir untuk melakukan perkara lain.

“Saya lebih banyak berfikir ke arah itu. Tambah lagi jika nak berlakon sesuatu watak terutamanya watak jahat. Saya terfikir mendalam kerana ia akan bagi kesan dulu pada anak dan sekarang cucu.

“Watak yang dapat sekarang pun bapa-bapa dan yang baik-baik kerana watak jahat dah kurang. Tawaran begitu pun dah kurang yang datang.

“Bila ia kurang, saya perlu buat persiapan ke arah kerjaya lain seperti persediaan dengan isteri untuk buka kafe di Bukit Bintang,” jelasnya.

Menurutnya, mereka sedang dalam persediaan untuk melancarkan kafe itu selewat-lewatnya hujang bulan ini atau awal Januari tahun depan.

“Kami berhasrat nak wujudkan konsep francais di seluruh negara. 70 peratus persediaan dah siap tapi namanya belum ada.

“Ada empat cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan dimiliki oleh kami. Manakala di seluruh Malaysia ada 26 francais.

“Konsep makanan nanti ialah masakan Semenanjung dan dari Sabah. Resipi makanan Semenanjung adalah daripada isteri saya sendiri,” ujarnya.

Selain itu, Fauzi berasa teruja untuk memiliki kafe sendiri terutama apabila melihat kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan.

“Jika tiada tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya boleh buat sesi live Instagram dan TikTok dengan peminat.

“Pada masa yang sama, bila ada kedai makanan, kami boleh banyak bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Maya Basir