Fendy Bakri Akui Dah Pulih Tapi…

Selepas sekian lama berehat, pelakon Fendy Bakri akhirnya kembali ke set penggambaran untuk mula bekerja.

Pelakon popular disapa Mr Grey ini dilaporkan sudah sihat sepenuhnya.

Sejak April lalu, Fendy dilaporkan berada di kampung halamannya untuk menjalani perubatan alternatif secara Islam selepas dilaporkan terkena sakit misteri.

“ Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh aktif semula.

“ Tiga bulan bercuti, saya teruja untuk masuk semula ke set.

“ Sebagai langkah awal, pakar perubatan alternatif menasihatkan saya agar selalu mengamalkan bacaan suci Al-Quran sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesakitan berulang,” katanya.

Dalam masa sama, Fendy juga diminta mengamalkan ayat dan surah tertentu selain sentiasa bersolat supaya penyakit tidak berulang. 

Sejak April lalu, berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, syarikat pengurusannya terpaksa menunda semua komitmen seni pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program Pencarian Hero Remaja 2012 itu. Kita doakan agar urusan Fendy di set lancar ya!

SGMS Faida